https //sto.imi.gov.my temujanji : Malaysian Immigration Department Online Appointment Application

https //sto.imi.gov.my temujanji :

1. BAGAIMANA UNTUK AKSES MASUK?

|amp|

Gunakan pautan http://sto.imi.gov.my

2. APA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN?

STO menawarkan temujanji bagi perkhidmatan terpilih yang melibatkan Pekerja Asing, Khidmat Ekspatriat, Penguatkuasa dan Visa,Pas & Permit dan UTC

URUSNIAGA PASPOT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT BERIKUT :-

a) Pemegang Permit Kerja sah di luar negara dan surat rasmi daripada majikan/syarikat.
b) Pemegang Pas Pelajar di luar negara dan surat rasmi Universiti / Pusat Pengajian.
c) Pemegang Pas Jangka Panjang di luar negara seperti Penduduk Tetap, pas suami atau isteri kepada warganegara asing.

3. PEJABAT IMIGRESEN YANG BOLEH DIPILIH?

Pejabat Imigresen yang disenaraikan sahaja dalam pilihan.

4. BAGAIMANA JIKA TELAH MENDAPAT TEMUJANJI PADA HARI TIDAK BEKERJA ATAU CUTI UMUM?

Mohon semula temujanji baru. pilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi.

5. CARA MEMOHON?

Isi borang Permohonan Temujanji.

6. BERAPA LAMA TEMPOH MENUNGGU TARIKH TEMUJANJI?

Serta-merta sekiranya permohonan berjaya dihantar melalui sistem.

7. APA PERLU DIBUAT SEKIRANYA TERLEPAS TARIKH TEMUJANJI?

Mohon Temujanji baru.

8. BOLEHKAH TARIKH TEMUJANJI DIUBAH?

Tidak, Mohon temujanji baru.

9. BILA STO MULA DIGUNAKAN?

8 MEI 2020

10.MAKLUMAT APA YANG MESTI DI ISI OLEH PEMOHON?

Semua medan adalah wajib di kunci masuk oleh pemohon.
Nama, No. Pengenalan,Alamat Lengkap,No. Telefon, Emel dan semua butiran temujanji.
Maklumat yang tidak lengkap/tidak sah akan menyebabkan permohonan tidak dilayan.
JIM berhak untuk menolak mana – mana permohonan yang didapati tidak lengkap / tidak sah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*