News Ticker
  • [ December 5, 2025 ] Dexcom Follow App Not Working Error Fix
  • [ December 5, 2025 ] Epic Games Launcher 500 Internal Server Error | Fix Error Fix
  • [ December 5, 2025 ] Canva Server Down | Massive Global Cloudflare Outage Error Fix
  • [ December 5, 2025 ] 500 Internal Server Error Cloudflare | How to Fix Error Fix
  • [ December 5, 2025 ] CVE-2025-66478 | Next.js / React Server Components RCE Error Fix

Seminarsonly.com

Tech Support, Latest Games News, Finance

  • About
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
News Ticker
  • [ December 5, 2025 ] Dexcom Follow App Not Working Error Fix
  • [ December 5, 2025 ] Epic Games Launcher 500 Internal Server Error | Fix Error Fix
  • [ December 5, 2025 ] Canva Server Down | Massive Global Cloudflare Outage Error Fix
  • [ December 5, 2025 ] 500 Internal Server Error Cloudflare | How to Fix Error Fix
  • [ December 5, 2025 ] CVE-2025-66478 | Next.js / React Server Components RCE Error Fix
HomeLoginhttps //stamps.hasil.gov.my Login : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

https //stamps.hasil.gov.my Login : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

June 1, 2024 Freddy Login Comments Off on https //stamps.hasil.gov.my Login : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

https //stamps.hasil.gov.my Login : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Untuk daftar masuk kali pertama menggunakan STAMPS baharu, sila ikuti langkah-langkah penukaran ID seperti berikut. Layari laman sesawang STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my

PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA 2.0

LHDNM Menawarkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 pengecualian bayaran penalti ke atas duti setem bermula 6 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024.

Penghapusan penalti hanya diberikan kepada pembayar duti setem yang memohon untuk menyertai PKPS 2.0 sahaja bagi suratcara yang ditandatangan pada atau sebelum 1 Mei 2023.

Pembayar duti yang ingin menyertai PKPS 2.0 perlu:

  • Kemukakan permohonan taksiran duti setem secara dalam talian (melalui menu borang permohonan > penyeteman)
  • Amaun Duti Setem ditentukan oleh Pemungut selepas permohonan taksiran dikemukakan.
  • Semak maklumat duti dan penalti yang perlu di bayar dalam notis taksiran.
  • Masukan permohonan rayuan penalti (Borang permohonan > Rayuan > Rayuan penalti).
  • Bayar duti setem secara dalam talian tanpa penalti setelah rayuan penalti diluluskan.

Emel kepada stamps@hasil.gov.myuntuk sebarang pertanyaan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Meja Bantuan STAMPS

Pertanyaan dan maklum balas berhubung sistem STAMPS dan operasi duti setem boleh diajukan melalui emel kepada stamps@hasil.gov.my

Pertanyaan berhubung taksiran duti setem boleh dirujuk ke Pejabat Setem di mana permohonan taksiran dihantar.

TATACARA UNTUK LOG MASUK PERTAMA KALI KE STAMPS BAHARU

Dimaklumkan sistem taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian (STAMPS) telah berwajah baharu mulai 16 Julai 2017.
Format ID pengguna STAMPS sedia ada telah ditukarkan kepada nombor pengenalan diri bagi tujuan daftar masuk.

PENGGUNA SEDIA ADA

Untuk daftar masuk kali pertama menggunakan STAMPS baharu, sila ikuti langkah-langkah penukaran ID seperti berikut:-

1.Layari laman sesawang STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my

2.Pilih ID Pengguna Lama di kotak AKAUN.

3.Masukkan ID Pengguna dan kata laluan sedia ada di ruangan yang disediakan.

4.Semak dan kemaskini maklumat Jenis Pengenalan diri, No. Pengenalandiri dan Nama Penuh jika perlu. Klik butang Hantar.

5.Sistem akan maklumkan ID pengguna telah dikemaskini. Klik butang OK.

6.Sistem akan kembali ke laman sesawang utama STAMPS.

7.Masukkan nombor pengenalan diri yang telah berjaya didaftarkan dan masukkan kata laluan (gunakan kata laluan lama) di kotak Akuan. Klik daftar masuk.

8.Laman utama akan dipaparkan setelah pengguna berjaya daftar masuk.

PENGGUNA BAHARU

1.Layari laman sesawang STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my

2.Klik Pautan Daftar Pengguna Baru

3.Klik pautan EJEN.

4.Pendaftaran ID pengguna baharu STAMPS hanya dibuka kepada firma guaman/ bank / syarikat insurans / ejen / institusi /pertubuhan dan syarikat yang berdaftar atau mempunyai lesen perniagaan yang sah.

5.Teruskan dengan proses permohonan.

CETAKAN SIJIL

Cetakan sijil boleh dibuat dengan menggunakan sistem pengoperasian Windows 7 ke atas tanpa memerlukan pemasangan perisian seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun sila pastikan spesifikasi komputer anda seperti di berikut :

1. Sistem Pengoperasian Windows 7 ke atas

2. Pelayar Web Internet Explorer Ver 11 ke atas atau Google Chrome

3. Adobe Reader XI Ver 11 ke atas

4. Net Framework Versi 4 ke atas

Pastikan anda “Clear cache” atau “Delete Cookies” pada pelayar internet dan ‘Allow popup-up blocker’. Sila “Refresh” pelayar internet anda.
Sila pastikan printer dalam keadaan ready dan telah disetkan default.

Berikut adalah langkah-langkah untuk cetak sijil :

1.Sila pastikan status kes adalah Duti Telah Dibayar, Duti Telah Dibayar/ Dikecualikan atau Duti Dikecualikan sebelum cetakan sijil dibuat.

2.Buat carian adjudikasi. Klik tab Sijil pada borang permohonan untuk cetak sijil.

3.Klik icon Pencetak dan paparan skrin Prebiu Cetakan Sijil akan dipaparkan.

4.Di ruangan Tindakan, klik butang Muat turun & Cetak.

5.Klik butang Run untuk lancarkan Aplikasi Cetak Sijil.

6.Status sijil bertukar kepada Telah Dicetak.

Jika cetakan sijil gagal ataupun cetakan sijil berjaya tetapi sijil tersebut tidak memenuhi ciri-ciri spesifikasi yang ditetapkan, sila maklumkan kepada Meja Bantuan STAMPS.

Pengguna berdaftar boleh rujuk Panduan Cetakan Sijil yang lebih terperinci di menu Bantuan selepas login ke STAMPS.

Previous

T20 World Cup 2024 Schedule Cricbuzz

Next

myrol.transport.nsw.gov.au Activate ROL

Side Ads

LATEST POSTS

  • Dexcom Follow App Not Working
  • Epic Games Launcher 500 Internal Server Error | Fix
  • Canva Server Down | Massive Global Cloudflare Outage
  • 500 Internal Server Error Cloudflare | How to Fix
  • CVE-2025-66478 | Next.js / React Server Components RCE
  • GCash App Maintenance Today
  • USCIS Login Account Not Working | USCIS Website Down
  • Failed To Receive Platform SIPT League of Legends
  • Boxing Day Test 2025 Tickets | How to Get Tickets Now
  • HBL Konnect Helpline | HBL Login Error

Copyright © 2025 | MH Magazine WordPress Theme by MH Themes